Sunday, March 25, 2007

TEKA SILANG OTAK....HU

SILA JAWAP KESEMUA SOALAN YG DIBERI,JAWAPAN HENDAKLAH DI ISI DI RUANG YANG DISEDIAKAN...MASA YANG DIPERUNTUKKAN 1JAM SAHAJ..
SELAMAT MENJAWAP......HE








1)Ada sebuah kapal selam. muatan ialah 30 orang. suatu hari, 29 orang telah masuk kedalamnya.kemudian datang seorang ibu mengandung. tiba-tiba, kapal itu tenggelam..kenapa?
2)Apa bendanya ada leher tak de kepala, ada tangan tak de jari, ada badan tak de kaki, cubalah teka.
3)Antara banyak-banyak mi, mi yang mana tak boleh kita makan
4)"BANGUNAN APA YANG PALING TINGGI?".
5)Anda ada sebuah bakul yang mengandungi 13 biji epal. tiga biji epal telah anda ambil. berapakah biji epal yang anda ada?
6)Benda apakah jika dipotong masih lagi dipanggil panjang walaupun ianya dicincang lumat?
7)Banyak-banyak pokok dalam dunia nie,pokok apa paling tinggi,emmm
8)Nak dengar lawak saya,jom... Gini,ketika puasa, kita boleh makan apa yang tak membatalkan puasa.. naktau jawapannya,??
9)Banyak-banyak bunga , bunga apa yang tak boleh cium??
10)Apa kamu buat apabila hujan turun di tengah jalan?
11)Diantara langit dan bumi apa di tengah-tengahnya.
12)lembu naik motor,kambing naik kereta.orang pula naik apa?
13)kalau semua binatang naik bas,kereta,van,keretapi,kapal terbang dan kapa.Habis manusia nak naik apa? .
14)Ape pasal baju superman ketat?
15)Banyak-banyak kampung...kampung aper yang selamat di duduk penduduk?..
16)Dalam banyak-banyak ibu ape selalu kat dapur?
17)Kay: Dalam banyak-banyak burung,burung apa yang tak jumpa ? Ayu: Tak tau Kay: Burung yang hilang le!
18)S: Ada tiga adik beradik, tiap-tiap hari dia bergaduh dan kejar-mengejar... tapi kan hairan ye tak pernah- sekali pun dia dapat.... ??
19)Awak pernah tak tengok ayam berkaki tujuh????????saya selalu tengok ayam nii..nak tau bila? bila ayam tu berjalan di atas kaki lima..nak tau kenapa boleh jadi tujuh?sebab ayam tu sendiri dah ada dua kaki dan bila berjalan di atas kaki lima, maka dua dicampurkan dengan lima jadilah tujuh kaki....BETUL TAK????
20)Dua orang anak beranak terjumpa seekor Harimau Lapar yang GAAAAAArang sekali. Harimau tersebut hanya menerkam si bapa.Lepas tu harimau relek jer! kenapa harimau tidak menerkam si anak ?
21)kalau kambing jadi cicak, cicak jadi kerbau, kerbau jadi anjing, anjing jadi harimau, harimau jadi tikus, tikus jadi kerbau,kerbau jadi gajah, gajah jadi naga, naga jadi cacing. orang jadi apa? 22)Bila kita tidur dia bangun bila kita bangun dia tidur????
23)MAKAN ISI BUANG KULIT... MAKAN KULIT BUANG APE????? JAWAP???
24)Dalam banyak-banyak BAS,bas yang mana paling tinggi?. Terai teka ( cuba teka)!!!.
25)Dalam banyak2 bandar, bandar apa yang bengkok?
26)Dalam banyak-banyak bintang bintang aper yang popular????????????? .......
27)Banyak2 tahi ......tahi apa yang korang tak nampak
28)Sekiranya itik naik kapal terbang manusia naik apa....??
29)Dalam banyak-banyak buah,buah apa takde tangkai?????
30)Tikus ape ekornye panjang???
31)dlm satu kesesakan jln raya di simpang empat ade polis trafik tgh jaga,masa tue ader seorang pemandu lori ,dgn slumbernye dier meneruskan perjalanannya walaupun masa tue lampu merah kat jln die,aper yg peliknya polis tadi tak tahan pemandu lori tue,..... sebab pemandu lori tue jalan kaki.....hahaha jgn marah aaaaaaaaaa
32)Apa ikan paling kaya ??? \
33)Apa pintu yang tidak ada pintu ???? \
34)Antara banyak2 bapak,bapak yang mana paling tua??? \
35)Banyak-banyak batu ,batu apa yang paling BESAR.??
36)dalam banyak-banyak si,si apa yang paling terang........??
37)banyak-banyak hari. hari apa yang paling panas.. ??
38)banyak-banyak hari. hari apa yang paling ganas. ???
39)ader banyak banyak motor, motor aper tak jalan atas jalan raya..? haaaa pikirrrrr jangan tak pikirrr kang kene pikirr....???
40)masuk kandang kambing? mengembek. masuk kandang lembu? menguak. masuk kandang harimau? kena ngap.
41)Apakah jenis mi yang terdapat di Malaysia tetapi tidak terdapat di Indonesia??.
42)keretaapi jalan ke belakang ape dia???
43)dalam sebatang pokok kelapa, benda apa yang hujunya tak ada perkataan kelapa??
44)"dalam banyak banyak jam.Jam apa yang berbau busuk???
45)banyak-banyak mi, mi apa yang paling besar?
46)Ikan apakah yang paling besar didunia. ??
47)Dalam banyak ikan...ikan mana yang paling tua..??
48)dalam banyak buah,buah aper tak ader pokok.??
49)Apakah makhluk apabila kecil berkaki empat,apabila besar berkaki dua dan apabila tua berkaki tiga?
50)Apakah buah yang berani mengeluarkan jantungnya?
51)dalam banyak-banyak lembu. lembu apa yang orang cari?
52)banyak banyak daun, daun apa tidak terdapat atas pokok.
lakukan.
54)Banyak-banyak lori.Lori mana yang banyak tayar.......
55)Buah kelapa bila dibelah dua, yang manakah dipanggil kelapa dan yang mana dipanggil nyok ?
56)Banyak-banyak ikan ,ikan mana yang bela anak
57)"KAMBING NGAN LEMBU YANG MANA TUA???
58)banyak-banyak bunga, bunga apakah kalau kita siram dia mati
59)teka teki apakah dia??????? yang mangejar tidak barkaki..yang dikejar tidak berlari
60)gajah lalu patah titi( Jambatan ) kambing lalu patah aper ?......
62)Penyakit apakah paling......sakit.Paling....sakit.
63)Di antara motosikal dan kereta yang mana lebih tua??
64)"Beribu-ribu, penduduk Malaysia makan di pinggan dan minum di cawan.. tapi ada satu mangkuk, orang Malaysia tak gunakan untuk makan, apa dia?
65)"Dalam kesemua huruf A-Z yang mana satu boleh kahwin?"
66)dalam banyak banyak burung burung apa yang paling tua??
67)apa dia kalau malam dia tidur, kalau siang dia mati???
68)pada zaman dahulu ada tiga sahabat iaitu:nabi,raja,ali dimana beliau telah terebang menggunakan pesawat ringan buatanya,lalu pesawat berkenaan jatuh dan menletut berkecai.tapi hanya seorang je yang mati siapa?
69)antara bulan dan bintang mana sayu lagi tua?
70)seorang hamba bertanya kpd raja."padi di sawah bagaimana?,kayu dibawah istana bagaimana? & tuan nak makan gulai apa hari ini?" dengan selamba raja menjawab,"ketam".mengapa raja menjawab "ketam" saja? sebab padi perlu diketam,kayu perlu diketam dan raja nak makan gulai ketam...betul tak???

ha sahabat1 yg bijak sana sila jawap semua 70 soalan yg dbagi dalam ruang komen ek...selamat mencuba he.................

14 comments:

.:NurTaQwa88:. said...

salamun alaik,nk jwb solan pertama dulu ya.kalau betul hadiah menarik ek? emh,bila ibu mengndung naik kapal selam tu terus tenggelam sbb kapal selam tu memanglah tenggelam pun ,dah namanya pun kapal selam.:P

.:NurTaQwa88:. said...

nk jwb langkah2 ya,u soalan :
66.jwpnnya burung kaka tua
65.huruf yg blh kahwin U NGN I.betul tak?:P
64.mangkuk yg tak blh sis mknn ,mangkuk tandas.:P
63.motor lah yg lebih tua sbb pakai tongkat.hihi
51.lembu yg org cari ialah lembu yg hilang lah.he:P
50.jwpnnya buah pisanh sbb jantung dia kat luar.
49.jwpnnya manusia,sbb masa kecik kaki empat ,merangkak.dewasa kaki dua,berjln,bila tua berkakai tiga sbb bertongkat.:P

.:NurTaQwa88:. said...

u soalan:
37.hari yg paling panas,matahari .ye ke?
38/hari yg paling ganas,harimau.:P

Unknown said...

thanks atas jawapan2 yg d beri tapi ia masih tidak menckupi..hadiah lumayan soalan mstilah bnyak..mn blh ckit2 jwp lu semua soalan bru blh bg hadiah he...

.:NurTaQwa88:. said...

sama2,tp betul ke jwpn2 tu.?oo,jwb semua baru dpt hadiah ke?sushlh cam ni.kalau jwb nisfu blh?:Pk,nk jwb lg teka silang dan belit otak ni.sepernuma ana fikir jwpn2 ni.:P

5)Anda ada sebuah bakul yang mengandungi 13 biji epal. tiga biji epal telah anda ambil. berapakah biji epal yang anda ada?
=ada 13.betul tak?:P

6)Benda apakah jika dipotong masih lagi dipanggil panjang walaupun ianya dicincang lumat?
=jwpnnya kacang pnjang.kan?:P

7)Banyak-banyak pokok dalam dunia nie,pokok apa paling tinggi,emmm
=emh,tak tau lah.:P

8)Nak dengar lawak saya,jom... Gini,ketika puasa, kita boleh makan apa yang tak membatalkan puasa.. naktau jawapannya,??
=jwpnnya makan angin.sbb mkn angin tk batal puasa kn.:P

9)Banyak-banyak bunga , bunga apa yang tak boleh cium??
=emh,bunga duit ke?cnth,kita pinjam duit kat bank,bila nk byr kita dikenakan byrn tmbhn atau bunga.ye ke?:P

10)Apa kamu buat apabila hujan turun di tengah jalan?
=pi lah tepi jln.sbb hujan kat tgh jln.:P

11)Diantara langit dan bumi apa di tengah-tengahnya.
=ntah,udara kot:P

12)lembu naik motor,kambing naik kereta.orang pula naik apa?
=naik heran dan naik bengang.mcm mana lembu ngn kambing blh naik kndeaan ni.:P

13)kalau semua binatang naik bas,kereta,van,keretapi,kapal terbang dan kapa.Habis manusia nak naik apa? .
=naik eran lah.hihi

14)Ape pasal baju superman ketat?
=sbb dia pakai saiz S .:P

15)Banyak-banyak kampung...kampung aper yang selamat di duduk penduduk?..
=emh...

16)Dalam banyak-banyak ibu ape selalu kat dapur?
=ibu roti.:P

17)Kay: Dalam banyak-banyak burung,burung apa yang tak jumpa ? Ayu: Tak tau Kay: Burung yang hilang le!

18)S: Ada tiga adik beradik, tiap-tiap hari dia bergaduh dan kejar-mengejar... tapi kan hairan ye tak pernah- sekali pun dia dapat.... ??=
=jwpnnya jarum jam.sbb jarum jam ada tiga.ye ke??

19)Awak pernah tak tengok ayam berkaki tujuh????????saya selalu tengok ayam nii..nak tau bila? bila ayam tu berjalan di atas kaki lima..nak tau kenapa boleh jadi tujuh?sebab ayam tu sendiri dah ada dua kaki dan bila berjalan di atas kaki lima, maka dua dicampurkan dengan lima jadilah tujuh kaki....BETUL TAK????
=ye lah tu.:P

20)Dua orang anak beranak terjumpa seekor Harimau Lapar yang GAAAAAArang sekali. Harimau tersebut hanya menerkam si bapa.Lepas tu harimau relek jer! kenapa harimau tidak menerkam si anak ?
=emh....

21)kalau kambing jadi cicak, cicak jadi kerbau, kerbau jadi anjing, anjing jadi harimau, harimau jadi tikus, tikus jadi kerbau,kerbau jadi gajah, gajah jadi naga, naga jadi cacing. orang jadi apa?
=jadi pelik kot.:P

22)Bila kita tidur dia bangun bila kita bangun dia tidur????
=jari kaki atau tapak kaki.:P

23)MAKAN ISI BUANG KULIT... MAKAN KULIT BUANG APE????? JAWAP???
=buang tabiat lah tu.he:P

24)Dalam banyak-banyak BAS,bas yang mana paling tinggi?. Terai teka ( cuba teka)!!!.
=ntah:P

25)Dalam banyak2 bandar, bandar apa yang bengkok?
=bndar bangkok kan??sbb org sebut bengok.hihi

26)Dalam banyak-banyak bintang bintang aper yang popular????????????? .......
=harimau bintang ke??:P

27)Banyak2 tahi ......tahi apa yang korang tak nampak
=ntah,tahi lalat kot:P

28)Sekiranya itik naik kapal terbang manusia naik apa....??
=emh,sama jg,naik heran nge pelik.

29)Dalam banyak-banyak buah,buah apa takde tangkai?????
=buah fikiran.:P

30)Tikus ape ekornye panjang???
=tikus yg ekor dia pnjnglah..tp tikus memang pnjng pun ekor dia.:P

31)dlm satu kesesakan jln raya di simpang empat ade polis trafik tgh jaga,masa tue ader seorang pemandu lori ,dgn slumbernye dier meneruskan perjalanannya walaupun masa tue lampu merah kat jln die,aper yg peliknya polis tadi tak tahan pemandu lori tue,..... sebab pemandu lori tue jalan kaki.....hahaha jgn marah aaaaaaaaaa
=tak marah,geram je.:P

32)Apa ikan paling kaya ??? \
=ikan emas.kayakn ikan ni.:P

33)Apa pintu yang tidak ada pintu ???? pintu y pntu dia dah tercabut.hhihi:P

34)Antara banyak2 bapak,bapak yang mana paling tua??? \
=ntah..

35)Banyak-banyak batu ,batu apa yang paling BESAR.??
=batu caves ke??:P

36)dalam banyak-banyak si,si apa yang paling terang........??
=si...ang.siang.:P

byk doh jwb ni.tersilang2 otak nk jwb teka silang otak ni.chek balik ya jwpn2 ni.rasanya betul je.bijak2.:P(terpuji diri sndr pula):P

.:NurTaQwa88:. said...

nk bg teka teki jg.jwp jgn tk jwb.(tuan punya blog pun kena jg ke)hihi

TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR

1) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer:

2) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: .

3) Binatang ape power Karate?
Answer:

4) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Y

5) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer:
6) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer:

7) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer:

8) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer:

9) Nenek sape jalannya meloncat- loncat?
Answer:
10) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer:

11) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:

12) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer:

13) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer:
14) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer:
15) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: \

16) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer:

17) Gajah terbang dengan ape?
Answer:

18) Kuih ape yang kite makan tepinye aje?
Answer:

Unknown said...

he x aci la camni ada ke patut bg soalan kat penaja? ni dah lawan tauke ni haram alaik...he

Unknown said...

k jawapan akan d bagi tapi bersabar la ek jawapan dah hilang so kne la pkir2 dlu he kesulitan amat di kesalai...

.:NurTaQwa88:. said...

uish,tak da jwpn ke.apa nk jd ni.ha,tak kira penaja ke pengurus ke,jwb ek teka teki tu tau.:P

Unknown said...

minyak wangi..
kuih x betul..
power rangers..
org yg wat dompet klit..
pintu gerbang..
orang cacat..
org yg drindui..
kutu..
nenek katak..
sbb perempuan jer kne penyakit tu..
yang baik sembahyang tahjud sambil2 jd jaga..yg kurang baik jaga je x buat apa2..

.:NurTaQwa88:. said...

hihi,khoto' anta.(mcm ustaz razak ckp).nk jwpnnya?ok,sianlah,meh ana bg jwpnnya,kita tgk,betul tak.:


TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR

1) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan
bolasepak Liga-M

2) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

3) Binatang ape power Karate?
Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

4) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit
tersebut tolong pulangkan kepada saye.

5) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

6) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

7) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

8) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

9) Nenek sape jalannya meloncat- loncat?
Answer: Neneknye si katak

10) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

11) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
- Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

12) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe

13) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

14) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

15) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

16) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

17) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah......

18) Kuih ape yang kite makan tepinye aje?
Answer: Kuih donat la…..

Unknown said...

he mcm2 la apa2 hal pun thnks..semua jawapan x msuk akal he nm pun teka tki yo dok k syukran...

.:NurTaQwa88:. said...

betullah ni,teka teki dia jwpn pun tak masuk dek akal.:P dah tu jwpn plak tak da.ai,mcm mana ni.:P

::..aj_fziq..:: said...
This comment has been removed by the author.